Dedicated specially to my dad.. :)
Posted by raihanonline on July 29, 2008
Dia insan mulia.
penuh ilmu manfaat di dada,
cintanya hanya pada yang Maha Esa,
kasihnya pada permaisuri di hati,
dan rindunya pada cahaya mata kurnian Ilahi.
Dia insan mulia,
mencari rezeki tidak kira waktu dan masa,
tidak kenal erti jemu dan lelah,
bibir tidak pernah berkata bosan,
untuk memberi nafkah dan tempat perlindungan,
kepada anak dan isteri,
yang bersama menyinari setiap harinya.
Dia insan mulia,
tidak pernah ku melihat air matanya gugur,
kerana dugaan di dunia,
tidak pernah ku mendengar dia merungut,
angkara fitnah dan dusta ,
setiap kali pulang kari kerja,
senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya,
walau diri penat seharian berganding tenaga.
Dia insan mulia,
tidak mudah putus asa,
tidak pernah hirau kejian manusia,
hanya meminta pada penciptanya,
siang dan malam mengingati ALLAH selalu,
tanggungjawab berat di bahu,
menjadi ketua keluarga,
tidak pernah diabaikan,
kerana dia,
insan mulia di hati ini…….






Rosli said
Salam Raihan,
Thank you. I am speechless.
Study hard for the coming PMR and as you wrote
“Just ask from Allah for Success after you
have put all your effort to gaining Success”
In this Syaaban make a lot of Duas insyaAllah.
http://www.roslihanip.com/inspiration/the-month-of-syaaban