Raihan Online for your daily inspirations

Share Ideas about schools, hobbies, family activities, blogging, writing with me here.

Motivasi Alihan Pelajar

Posted by raihanonline on January 7, 2008

Hari ini saya dengar akan wawancara mengenai program ini di radio ikim.com. Saya dengar masa bapa saya hantar saya ke sekolah pagi ini. Menarik juga kursus ini. Kursus apa yer? Ini dia . . .  MAP

Kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) menggemparkan kerana telah berjaya membentuk minda pelajar yang progresif.  Kalau kami tidak membawa sesuatu yang baru kami tidak sanggup menghebahkannya dalam hampir semua saluran komunikasi yang ada seperti radio, TV, akhbar, majalah dan internet.

Sehingga kini hampir 50,000 pelajar telah menyertai kursus ini.  Pelbagai kejutan sama ada dalam pencapaian akademik atau perubahan sikap serta tingkahlaku positif yang telah kami rekodkan.

Sekiranya MAP dapat diperkenalkan kepada semua pelajar maka impian Wawasan 2020 akan dapat dicapai dengan penuh kepastian.

Pelajar yang mengikuti kursus ini telah membuat pelbagai kejutan dalam pencapaian akademik mereka.   Dalam memburu kejayaan SIKAP adalah lebih penting daripada IQ semata-mata.  Kursus MAP bertujuan untuk membangkitkan kemahuan belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri dan mengasah kemahiran belajar yang tinggi.

Anak anda malas belajar?
Anak anda degil?
Anak anda tidak menunaikan ibadah?
Anak anda rajin berusaha tetapi belum cemerlang?
Anak anda tidak menguruskan masa?
Anak anda lemah dalam pelajarannya?
Anak anda langsung tidak mengulangkaji?
Anak anda terlibat dengan masalah sosial?
Anak anda tiada keyakinan diri?
Anak anda kurang tumpuan dalam kelas?
Anak anda…
Anak anda…anak anda….Cukup!!

Kami tahu cara mengatasinya.  Jangan salahkan mereka semata-mata.  Mungkin mereka belum dibimbing dengan sempurna.  Kenapa tidak masukkan mereka ke kursus kami dan anda lihat sendiri perbezaannya nanti.

Nak tahu objektif kursus ini, sila lawat di laman ni . . .

4 Responses to “Motivasi Alihan Pelajar”

  1. insyirah said

    assalamualaikum,,,,
    saya insyirah……… masih belajar masalah saya ialah saya tidak ada keyakinan diri………… saya selalu ikut saja apa yg disuruh oleh orang lain walaupun saya tidak suka……….. walaupun begitu saya tidaklah teruk, kerana kkeputusan saya biasanya lebih baik daripada orang yang asyik mengarah saja kerja…………. apa harus saya lakukan agar saya berani untuk menyatakan pendirian saya,,,,,, agar merka tidak asyik mengarah org ja…………………….0

  2. waalaikumsalam insyirah..

    hmmm…masalah ni memang selalu ada pada para pelajar…bagi saya setiap pelajar perlu ada keyakinan yang utama pada diri sendiri, keluarga dan orang lain…awak perlu berani meluahkan pendapat atau ketidakpuasan hati pada orang lain…tapi tahniah pada awak sebab awak memperoleh keputusan yg baik walaupun sering mengikut telunjuk orang lain.. tapi jangan lah sampai awak mengikut perkara yang salah…berhati-hati lah……berdoa lah banyk-banyak….. :)

    saya ni sebenar nya bukan lah pandai sangat nak bagi pendapat tapi hanya ingin membantu :)

  3. Puan shikin said

    Assalammualaikum…

    Raihan.. saya mempunyai masalah dengan anak lelaki.. sekarang beliau tahun 4.Semasa tahun 3 peperiksaan akhir tahun keputusannya sangat merosot.. saya tidak tahu dimana silapnya..Masalahnya peratus peperiksaannya masih di tahap yang sama sehingga ke tahun 4. Saya bercadang untuk menghantar berliau untuk MAP.Semoga dengan cara ini dapat membantu beliau dari segi pembelajaran, keyakinan diri dan sebagainya..Kami sebagai ibubapa hanya boleh berikhtiar dan akan terus memberi sokongan kepadanya.

  4. waalaikum salam puan syikin

    idea yg bagus tu puan untuk hantar anak ke MAP. saya juga harap dgn cara ini dia dapat berubah menjadi lebih baik..
    mungkin puan syikin boleh berbincang dan cakap dgn cara yg baik dgn dia bertanyakan tentang masalah dia kenapa dia sukar untuk belajar.. kadang-kadang remaja tidak suka dengan kekerasan dan desakan kerana saya juga remaja..
    sebagai seorang ibu, teruskan lah berdoa supaya anak itu berubah menjadi insan yg cemerlang kerana doa ibu itu makbul..
    insyaallah… :)

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>